Aku insan biasa yang selalu mengharapkan sesuatu yang tidak akan mungkin menjadi milikku...
Bermulanya aku masuk ke alam persekolahan...aku sentiasa dijauhi...kenapa? Adakah sebab aku seorang yang sombong? Ya...aku pernah dengar ada orang berkata begitu padaku. Apa yang aku tahu pada masa itu? Standard 1...!!! Selepas itu datang seorang rakanku yang ingin berkenalan denganku...aku sambutnya dengan hati yang terbuka...Bermula dari situ aku mendapat kawan....
Semakin lama semakin ramai... terdetik hatiku bertanya kepada mereka kenapa awal perkenalan mereka seperti memusuhiku...? Kini aku sedar bahawasanya aku merupakan seorang yang sukar untuk memberikan senyuman~ =)
Sejak aku mengetahuinya, aku sentiasa memberi senyuman yang paling manis buat sahabat2ku...
No comments:
Post a Comment